Filled Under:

iPhone 5S dan 5C Produk Apple Paling Berjaya

Penganalisis Trip Chowdhry, pengarah urusan di Global Equities Research percaya bahawa dua model iPhone baru akan menjadi produk yang paling berjaya di dalam sejarah Apple. iPhone 5 pada tahun lepas terjual lebih 5 juta unit pada tiga hari pertama ianya mula dijual.

“iPhone baru akan berjaya dengan hebat. Ia akan menjadi produk yang paling berjaya di dalam sejarah Apple,” kata beliau kepada Benzinga.

Chowdhry percaya iPhone baru akan mendapat sambutan yang sangat luar biasa kerana pengguna-pengguna di India, Malaysia dan Thailand membeli peranti Android yang lebih murah dan merasakan ianya sama dengan iPhone. Dengan model iPhone yang lebih murah, Apple akan dapat menarik golongan-golongan ini dengan sangat mudah.

Chowdhry juga percaya kes pergaduhan patent yang berterusan antara Apple dan Samsung juga akan membezakan produk-produk Apple dengan semua saingannya. Chowdhry menambah filem jOBS yang bakal ditayangkan tidak lama lagi juga memberi kesan yang positif terhadap Apple.

Kenyataan-kenyataan ini agak mengejutkan kerana Chowdhry sebelum ini sering mengkritik Apple. “Inovasi tidak lagi ada pada Apple ketika ini. Mana televisyen Apple? Mana jam tangan iWatch?”