Filled Under:

How To Dual-Boot Windows 7 With Windows 8

Kalau suka Windows 8 tapi masih nak kekal dengan Windows 7 dipasang pada sistem, aku cadangkan buat je dual-boot. Mungkin ramai kata payah, rumit dan sebagainya, tapi percayalah orang yang selalu bagi alasan ni orang yang gagal. Tak usah berbicara, membazir tenaga berkobar kata. Jom kita teruskan je.

Bina Partition Baru

1. Tekan butang Windows + R kemudian masukkan 'diskmgmt.msc' untuk jalankan Disk Management. 


2. Kita perlukan satu partition baru untuk memasang Windows 8. Jadi, korang kena shrink mana-mana partition yang masih segar bugar. Klik kanan kemudian pilih Shrink dan seterusnya tetapkan saiz selepas shrink.


3) Selesai je proses membuat partition tadi, klik kanan pada-nya dan pilih New Simple Volume. Akan keluar satu tetingkap New Simple Volume Wizard. Lakukan mengikut kehendak sendiri yop. Tapi jangan lupa, format partition pastikan pada NTFS.


Memasang Windows 8

1. Reboot sehingga masuk ke Windows 8 setup.

2. Dah masuk ke jenis pemasangan, pilih Custom.


3. Teruskan sehingga ke pemilihan partition. Pilih partition yang baru kita buat tadi.

4. Selesai pemasangan, os akan reboot secara sendiri.  

5. Boot-menu akan terpapar, korang cuma kena pilih os mana untuk digunakan.

Kalau dalam masa 30 saat korang masih tak pilih, secara lalai (default) ia akan memilih Windows 8 sebagai pilihan. Jangan risau dengan boot secara lalai kerana anda masih boleh mengubahnya dengan masuk ke tetapan Change default or choose other options.