Filled Under:

Moto X Diperkenalkan Secara Rasmi – 4.7-inci, Kamera 10-MP Dan Masa Penggunaan 24 Jam

Setelah pelbagai gambar dan informasi berkenaan telefon pintar Motorola terbaru, iaitu Moto X kedengaran sebelum ini, hari ini, Motorola secara rasminya telah pun memperkenalkan peranti berkenaan, sekaligus mengumumkan penawaran untuk pasaran Amerika Syarikat.


Moto X menyertakan skrin AMOLED bersaiz 4.7-inci, kamera belakang 10-megapixel “ClearPixel”, kamera hadapan 2-megapixel, cip pemprosesan dwi-teras 1.7GHz Krait, dan juga memori 2GB RAM. Peranti ini turut didatangkan dengan dua pemprosesan Motorola tambahan untuk menguruskan sensor telefon pintar, dan juga interpretasi bahasa (untuk Google Now). Dari segi bateri pula, Motorola mengatakan ia menawarkan penggunaan selama 24 jam melaluinya. Telefon pintar ini turut menggunakan sokongan nano-SIM padanya.



Salah satu kelebihan yang ditawarkan untuk pengguna di Amerika Syarikat adalah dimana mereka turut sama boleh membuat beberapa tetapan, seperti memilih warna, menambah teks pada kerangka belakang.

Buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada Moto X ini akan memasuki pasaran tempatan ataupun sebaliknya.

 

Sumber: Amanz