Filled Under:

Samsung Galaxy Note III Menggunakan Android 4.3?

OhGeekz-Note3

Samsung mendapat banyak kritikan kerana lambat mengemaskini peranti-peranti tahun lepas seperti Galaxy SIII dan Note II yang masih belum menerima kemaskini 4.2.2. Tetapi, Samsung mempunyai rekod yang baik ketika melancarkan peranti baru yang menggunakan versi Android paling terkini.

Galaxy Note III akan dilancarkan dalam acara IFA 2013 pada 4 September ini dan beberapa khabar angin mengenai spesifikasinya sudahpun kedengaran seperti menggunakan skrin HD penuh 5.7 inci dan 3GB RAM.

Hari ini beberapa sumber melaporkan bahawa Galaxy Note III akan menggunakan Android Jelly Bean 4.3 yang terbaru bersama-samanya apabila dilancarkan nanti. Jika dilihat pada rekod-rekod Samsung sebelum ini, kami percaya perkara ini adalah benar dan tepat.

OhGeekz-Tweet-Note3 

LG G2 yang dilancarkan beberapa hari lepas agak mengecewakan kami kerana masih menggunakan Android 4.2.2, bukannya Android 4.3 yang terbaru.

Jadi, kepada yang mahu membeli peranti baru dengan skrin yang besar, tunggu Note III pada 4 September ini kerana anda akan dapat versi Android yang paling terkini serta spesifikasi yang hebat.

Sumber: Droid Life