Filled Under:

[Info] Aokigahara; Suicide Forest

Hutan Aokigahara juga dikenali sebagai Lautan Pokok atau Hutan Hantu. Ia merupakan sebuah tempat di kaki Gunung Fuji. Kerana menganggap tempat tersebut suci dan diberkati, ianya dijadikan sebagai perhentian terakhir bagi mereka yang sudah putus harapan untuk hidup iaitu dengan cara membunuh diri. Tempat ini adalah tempat yang popular untuk membunuh diri di Jepun. Lebih hampir 500 nyawa telah berakhir di hutan ini sejak tahun 1950an. Sebagai contoh, 78 mayat ditemui di sana pada tahun 2002. Trend tersebut bermula selepas Seicho Matsumoto menerbitkan novelnya yang bertajuk "Kuroi Kaiju" (Black Sea of Trees) di mana dua watak di dalam novel tersebut membunuh diri di hutan tersebut. Tetapi dapat dipastikan pada awal abad ke 19, para petani yang miskin pergi ke hutan ini untuk membunuh diri kerana mereka berpendapat anak-anak mereka akan mendapat lebih makan untuk hidup dengan ketiadaan mereka.