Filled Under:

[Info] Android 5.0 : Jelly Bean

Selain dari kecanggihan reka bentuknya, ia juga didatangkan dengan pelbagai fungsi dan pelbagai pengiktirafan bagi memuaskan hati pelanggan. Reka bentuk dengan ikon-ikon yang menawan dan antaramuka yang baru menjadikan ia lebih canggih atau berbeza dengan yang lain.


Desas-desus mengatakan, setelah anda sudah puas menjamah Ice Cream Sandwich (ICS) dan jari anda sudah pun melekit dengan kepelbagaian perisanya, selepas ini anda bakal menikmati pula perisa baharu untuk sistem operasi Android ini iaitu Android 5.0 Jelly Bean.

ICS ialah gabungan ciri-ciri penyesuaian terpilih Honeycomb dan Gingerbread, dilancarkan pada peranti pertamanya Samsung Galaxy Nexus (Google Nexus Prime). Tetapi semasa kebanyakan peranti mula beralih arah kepada ICS, timbul desas-desus mengatakan bahawa Android 5.0 akan dilepaskan dengan kod nama Jelly Bean.



Asal nama Jelly Bean dikatakan setelah melihat tradisi 'susunan abjad' serta faktor nama pencuci mulut yang sering digunakan dan sinonim dengan Android. Antara contoh yang boleh kita lihat, seperti C (Cupcake), D (Donut), E (Eclair), F (Froyo), G (Gingerbread), H (Honeycomb), serta I (Ice Cream Sandwich). Disebabkan itulah Jelly Bean dengan permulaan huruf 'J' dipilih sebagai kod nama seterusnya untuk meneruskan kesinambungan atau tradisi pemberian nama sistem operasi Android ini.

Ciri-ciri baru yang dipertingkatkan ialah pelayar web yang lebih pantas, pengurus fail (File Manager), papan kekunci terbina, integrasi servis Google yang diperkemas, perlindungan Malware dan kesediaan Flash, serta serasi kedua-dua Smartphone dan Tablet.

Sumber Asal