Filled Under:

Kaedah Unroot Samsung Galaxy S3 (GT-19300)

Mengetahui kaedah untuk un-root sesebuah peranti itu sangat penting. Andai kata peranti anda mempunyai masalah, cuma perlu flash semula kepada stock firmware dan ia akan kembali seperti biasa. 

Namun begitu, pastikan anda pilih firmware yang sesuai dengan model peranti anda. Bagi Galaxy S3, jenis firmware hanya di antara 19300 atau 19305 (LTE). Periksa dulu sebelum memulakan proses kerana masalah lain seperti soft-bricked akan timbul jika tersalah pasang firmware. Berkemungkinan juga, peranti anda tak boleh dihidupkan.

Sebelum Unroot:
  • Pastikan driver sudah terpasang. Jika belum, pasang Kies dulu.
  • Muat turun firmware mengikut peranti anda. Ekstrek ke tempat yang sesuai.
  • Muat turun Odin 3 (3.07)
Kaedah Unroot Samsung Galaxy S3

1. Matikan peranti dan masuk ke 'Download Mode' dengan cara 'Volume Up + Home + Power' secara serentak. Jangan lepas selagi belum masuk Download Mode.

2. Buka 'Odin 3' kemudian sambungkan peranti pada sistem dengan menggunakan 'USB Data Cable'

3. Tunggu hingga Odin mengesan peranti anda. Kotak 'ID:COM' akan bertukar ke warna biru untuk pengesahan.

4. Pastikan dalam Odin tu, hanya "Auto Reboot" dan "F.Reset Time" saja yang ditanda.

5. Pada bahagian 'PDA', isikan dengan firmware *.tar.md5 yang anda ekstrek tadi.

6. Tekan 'Start' dan tunggu sehingga proses selesai.

7. Pada Odin akan ada perkataan 'PASS' bermakna anda berjaya memperbetul peranti anda.

*Masa untuk reboot agak mengambil masa dalam 5-10 minit, bertenang.

**Tulisan bewarna merah bermaksud amaran. Jadi tolong fahami betul-betul. Kesilapan yang kecil mampu memberi masalah besar.