Entri ni sepatutnya aku tulis dua hari lepas, tapi disebabkan hal anak persekolahan, terpaksa ditangguhkan. Tup tap tup tap, terus tak ingat langsung. Ingat lupa ingat lupa je ni keh keh keh..
Jadi, sebagai pengikut perkembangan Windows 8.1, anda pasti tahu sistem operasi tersebut sudah pun dilancarkan secara rasmi pada tiga hari lepas.
Adakah rilisan ini secara penuh? Haa tentunya tidak! Pihak Microsoft hanya melancarkan Windows 8.1 Preview. Perkara ini penting supaya sebarang masalah seperti kod ralat dan seangkatan dengan itu dapat dikesan. Sekali gus memberi peluang untuk dibaik pulih serta penambah baikan sebelum rilisan terakhir.
Windows 8.1 Preview boleh
dikatakan sebagai versi percubaan awam untuk sistem operasi Windows
akan datang yang dijangka akan dilancarkan kepada semua dalam
beberapa bulan lagi.
Pada Windows versi baru ini, kita dpt lihat pihak Microsoft memberikan lebih banyak kebebasan untuk
pengguna dalam mengubah gambar latar, mahupun mengubah saiz Tiles
kepada lebih kecil dengan mudah.
Disamping itu, sokongan
SkyDrive diintegrasikan dengan lebih menyeluruh, membolehkan pengguna
sync pelbagai perkara ke perkhidmatan awan Microsoft tersebut,
dan mengaksesnya menggunakan sebarang komputer.
Beberapa aplikasi terbina
pada Windows 8.1 turut dikemaskini, termasuk sokongan carian pada
sistem operasi tersebut. Pada bahagian desktop pula, Microsoft
menyertakan kembali paparan butang Start, membolehkan pengguna klik
padanya untuk ke halaman skrin Start.