Filled Under:

BlueStacks: Emulator Peranti Android

Assalamualaikum, apa khabar semua? Alhamdulillah kalau semua sihat.
Pada artikel kali ini, saya akan kongsikan satu perisian emulator bagi peranti Android. Sediakan segelas air milo ye hehehe..

BlueStacks merupakan sebuah perisian yang diketuai oleh seorang pekerja berjawatan tinggi dalam syarikat Intel. Rosen Sharma, juga terlibat dalam pembangunan sistem sekuriti iaitu McAfee yang juga berada di bawah syarikat Intel.

Fungsi yang diketengahkan dalam pembangunan BlueStacks ialah memainkan atau memasang segala aplikasi berformat .apk. Walaupun BlueStacks sudah lama dikeluarkan, namun begitu perisian ini masih dalam 'percubaan/beta'. Jadi, tak mustahil jika masih ada banyak masalah seperti kod bug dan sebagainya.

Anda boleh ke laman rasmi BlueStack dengan pautan ini: BlueStacks Homepage

Bonus: Pasang Aplikasi WhatsApp Pada PC/Laptop Melalui BlueStacks

1. Jalankan BlueStacks

2. Carik butang pencarian seperti dalam gambar di bawah


3. Taip 'WhatsApp' tanpa tanda pembuka kata

4. Pilih dari mana anda mahu aplikasi itu di muat turun (Google PlayStore/Market)

5. Tunggu hingga selesai kemudian jalankan aplikasi Whatsapp

6. Masukkan nombor telefon anda. Selesai saja, masukkan pula kod yang baru saja dihantar tadi. Sah kan kepenggunaannya dan selesai!

**Aplikasi WhatsApp hanya boleh digunakan pada satu peranti saja. Ini bermakna, jika WhatsApp sudah dipasang dalam telefon pintar anda, penggunaanya pada PC/laptop tidak akan menjadi. 

Ikuti saya di Twitter: @sfsfx
Ikuti saya di Facebook: @RoseVallete