Peranti flagship daripada Sony yang disebut sebagai Honami hari ini telah diperkenalkan secara rasmi dan menggunakan nama Xperia Z1.
Rekaannya tidak banyak berbeza dengan peranti-peranti Sony sebelum
ini tetapi Xperia Z1 nampak jauh lebih berkualiti kerana menggunakan
aluminium pada badannya dan kaca berkualiti tinggi pada bahagian hadapan
dan belakang.
Dari segi spesifikasinya, Xperia Z1 menggunakan skrin bersaiz 5 inci
HD penuh 1080p dengan teknologi Triluminous, cip pemprosesan Snapdragon
800 Quad-core 2.2GHz, 2GB RAM, 16GB memori, slot mikro-sd, 4G LTE,
kapasiti bateri 3,000mAh, Android 4.3, kalis air dan habuk (IP55 &
IP58) serta pilihan warna putih, hitam dan ungu.
Kehebatan Xperia Z1 ini adalah pada kameranya, 20.7 megapiksel Sony G
Lens (f/2.0) wide angle dengan teknologi BIONZ. Teknologi BIONZ ini
mengurangkan ‘noise’ pada gambar, auto-fokus yang lebih cepat dan
gambar/video yang lebih stabil.
Filled Under:
Sony Mengumumkan Xperia Z1 Secara Rasmi
Posted By:
safuuan
on 9:34 pm