Apple hari ini memperkenalkan iPhone 5s dengan cip terbaru A7 64-bit,
kamera 8 megapiksel serba baru dengan teknologi ‘True Tone flash’ dan
pengesan cap jari ‘Touch ID’ yang inovatif untuk unlock iPhone anda
dengan hanya meletakkan jari.
iPhone 5s menggunakan iOS 7 yang menyokong 64-bit dengan ratusan
fungsi baru, antaranya Control Center, Notification Center, Multitasking
serba baru, AirDrop, fungsi Photos yang baru, Safari yang lebih baik,
penambahbaikan kepada Siri, iTunes Radio dan banyak lagi.
A7 Processor
Cip A7 yang baru ini buat pertama kalinya dalam sejarah smartphone,
menyokong 64-bit yang setaraf dengan desktop. Dengan GPU dan CPU dua
kali lebih berkuasa berbanding cip sebelum ini, apa sahaja yang anda
lakukan lebih pantas dan grafik lebih cantik, dalam masa yang sama
menggunakan kuasa bateri yang sedikit.
iPhone 5s dikatakan cukup berkuasa dengan menggunakan OpenGL 3.0 yang
terbaru bersama-sama dengan cip A7 64-bit, menghasilkan prestasi cukup
hebat dimana sebelum ini hanya mampu dilakukan oleh Mac dan konsol
permainan sahaja.
M7 Motion Co-Processor
iPhone 5s mempunyai satu cip baru yang dinamakan M7, mengutip
data-data daripada sensor accelerometer, gyroscope dan compass untuk
meringankan beban cip A7 serta menjimatkan bateri. Para pembangun juga
boleh mengakses ‘A.P.I.’ cip ini untuk mencipta aplikasi-aplikasi
kesihatan dan ‘fitness’.
Camera
Kamera iPhone 5s masih mengekalkan 8 megapiksel tetapi ditambah
dengan beberapa perkara baru. Aperture kini lebih besar iaitu f/2.2 dan
sensor lebih baik, 1.5μ piksel untuk gambar kurang cahaya lebih baik.
Penambahbaikan ini, bersama-sama dengan cip ‘image signal’ ciptaan Apple
di dalam A7 membuatkan auto fokusnya dua kali lebih pantas, menangkap
gambar dengan lebih cepat serta ‘automatic stabilization’ untuk gambar
dan video.
Selain itu, iPhone 5s kini menggunakan dua LED flash yang berbeza,
diberi nama True Tone. Menurut Apple, teknologi ini adalah yang pertama
di dunia. Flash pada bahagian belakang tersebut akan mengubah kombinasi
warnanya mengikut suasana dan menghasilkan gambar yang lebih natural.
iPhone 5s juga mempunyai beberapa fungsi kamera seperti Burst Mode dan
rakaman slow-motion HD 720p dengan 120fps.
Fingerprint Scanner
Pengimbas tersebut hanya aktif apabila jari diletakkan di atasnya untuk menjimatkan bateri. Maklumat jari anda hanya disimpan dengan selamat di dalam cip A7 dan Apple tidak mengambil data tersebut. Buat masa ini, Touch ID digunakan untuk unlock iPhone anda dan transaksi di iTunes/App Store.
iPhone 5s mempunyai 3 pilihan warna iaitu gold, space grey dan silver. Ianya akan mula dijual di US, Singapore dan beberapa negara lain pada 20 September ini dengan harga $199 untuk 16GB, $299 untuk 32GB dan $399 untuk 64GB. Harga tanpa kontrak adalah $649, sekitar RM 2199.