Samsung mendapat banyak kritikan kerana lambat mengemaskini peranti-peranti tahun lepas seperti Galaxy SIII dan Note II
yang masih belum menerima kemaskini 4.2.2. Tetapi, Samsung mempunyai
rekod yang baik ketika melancarkan peranti baru yang menggunakan versi
Android paling terkini.
Galaxy Note III akan dilancarkan dalam acara IFA 2013 pada 4 September
ini dan beberapa khabar angin mengenai spesifikasinya sudahpun
kedengaran seperti menggunakan skrin HD penuh 5.7 inci dan 3GB RAM.
Hari ini beberapa sumber melaporkan bahawa Galaxy Note III akan
menggunakan Android Jelly Bean 4.3 yang terbaru bersama-samanya apabila
dilancarkan nanti. Jika dilihat pada rekod-rekod Samsung sebelum ini,
kami percaya perkara ini adalah benar dan tepat.
Jadi, kepada yang mahu membeli peranti baru dengan skrin yang besar, tunggu Note III pada 4 September ini kerana anda akan dapat versi Android yang paling terkini serta spesifikasi yang hebat.
Sumber: Droid Life