Begitu jugalah dengan peranti yang dilepaskan pada bulan Mei tahun lepas ini. Walaupun dikuat kuasakan dengan Quad-core 1.4 Gigahertz, skrin AMOLED canggih tetapi masih ada yang kurang berpuas hati.
Mungkin dengan kaedah root, pengguna akan lebih berpuas hati kerana mereka bebas daripada sebarang halangan yang menyemakkan mata.
Pastikan nombor model peranti anda adalah sama dengan yang tertera pada tajuk artikel kali ini. Kalau lain sikit walaupun satu nombor, aku sarankan supaya lupakan saja angan-angan tu. Risiko sistem untuk mudah rosak adalah tinggi jika masih berkeras.
Sebelum Root:
- Lakukan backup.
- Pastikan jangka hayat bateri lebih daripada +80%.
- Teh'o ais bersama biskut tawar. Bagi mengurangkan tekanan (acah acah lawak)
- Kies. Bagi mengemaskini driver.
- Odin 3 (3.04) . Flash firmware, kernel dan lain-lain.
- CF-Root SGS3 v6.4. Pakej root.
Kaedah Untuk Root Samsung Galaxy S3
1. Set peranti kepada 'Debugging Mode' dengan cara pergi ke Tetapan > Aplikasi > Pembangunan > USB Debugging / Setting > Applications > Developments > USB Debugging
2. Matikan peranti. Cabut bateri untuk pengesahan peranti sudah betul-betul terpadam.
3. Masuk ke 'Download Mode'. Tekan butang 'Volume Up + Power + Home' secara serentak. Tekan sehingga anda masuk ke Download Mode.
4. Buka 'Odin 3' kemudian sambungkan Galaxy S3 dengan pc atau laptop melalui 'USB Data Cable'
5. Tunggu hingga aplikasi Odin menerima kehadiran peranti anda. Nyalaan ID:COM dalam Odin akan bertukar menjadi warna biru untuk pengesahan.
6. Masih pada Odin. Klik 'PDA' dan pilih fail 'CF-Root SGS3 v6.0.tar'.
7. Tekan 'Start' dan tunggu hingga peranti anda selesai melakukan proses root. Peranti anda akan reboot secara automatik.
P/s: Untuk periksa sama ada peranti korang dah di-root atau belum, masuk ke bahagian senarai aplikasi dan cari Superuser dan CWM Manager.
Semoga berjaya!