Perbandingan Sistem Operasi - Manakah Paling Pantas? IOS, Android atau Windows 10 Mobile?


Sistem operasi peranti pintar paling popular dunia kini masih lagi Android. Di tempat kedua ialah iOS diikuti pula oleh Windows Phone.

Persoalan yang sering dibualkan adalah sistem operasi manakah yang paling pantas? Takhta siapa yang terpantas akan diperoleh oleh iOS? Android atau pun Windows 10 Mobile? Secara kasarnya, iOS masih lagi terbaik walaupun spesifikasi iPhone adalah lebih rendah berbanding peranti utama Android? Adakah RAM yang tinggi pada Android akan memastikan penukaran aplikasi lebih pantas berbanding iOS? Akhir sekali benarkan Windows 10 Mobile jauh ketinggalan berbanding dua sistem operasi utama dunia sekarang?

Persoalan ini terjawab di dalam video di bawah. Sebuah iPhone 6S Plus, Google Nexus 6P dan Microsoft Lumia 950XL melakukan pelbagai tugasan yang sama untuk melihat sistem operasi manakah paling pantas. Adakah anda terkejut dengan keputusan ujian ini? Sila nyatakan komen dan pendapat anda di bawah.


Sumber: PhoneBuff



Imigresen Akan Memperkenalkan Sistem Perbaharui Pasport Melalui Dalam-Talian

Jabatan Imigresen dijangka akan memperkenalkan kembali sokongan untuk memperbaharui pasport secara dalam-talian, sekaligus memudahkan proses pembaharuan dan mengurangkan kesesakkan di Jabatan Imigresen seluruh negara.

Melalui apa yang dikongsikan, kelak pengguna boleh memperbaharui dokumen mereka terus melalui internet, dan kemudiannya melakukan pembayaran menggunakan kad debit atau kredit.

Pengguna seterusnya boleh mengambil dokumen perjalanan mereka tersebut di cawangan Jabatan Imigresen ataupun di KLIA sendiri sebelum berlepas.

Pengenalan sistem ini hanya akan menyokong pembaharuan sahaja, dan bukannya untuk pendaftaran baru. Perkara ini adalah kerana untuk tujuan pendaftaran, beberapa perkara perlu dilakukan termasuk imbasan biometrik.

Tiada sebarang tarikh diberikan. Tetapi pihak Jabatan Imigresen menyasarkan untuk memperkenalkannya pada tahun hadapan – 2014.

Artikel asal: Amanz



Samsung Umum Secara Rasmi Gamepad Untuk Telefon Pintar Android

Samsung mengumumkan secara rasmi Gamepad untuk telefon Android mereka yang pernah diwar-warkan sebelum ini. Pertama kali ditunjukkan pada khalayak ramai pada pelancaran Samsung Galaxy S4, Gamepad ini kini tersedia untuk pasaran Eropah dan dikatakan akan menyusul untuk pasaran lain seluruh dunia dalam beberapa minggu selepas ini. Bersama pelancaran ini juga dilancarkan aplikasi ‘Mobile console’ untuk menyokong peranti ini.

Sesuai digandingkan dengan peranti dengan versi Android 4.1 ke atas, ia terhad untuk peranti dengan saiz skrin maksimum 6.3-inci. Walaubagaimanapun, ia dikatakan dioptimasikan untuk peranti Samsung sahaja. Sambungan kepada alat ini adalah melalui Bluetooth. Jika anda mempunyai kabel HDMI, anda juga boleh merasai pengalaman bermain seakan konsol dengan memaparkan gambar di televisyen anda.

Setakat ini permainaan video yang menyokong sepenuhnya Gamepad oleh Samsung ini adalah
  • Need for Speed Most Wanted
  • Asphalt 8: Airborne 
  • Modern Combat 4: Zero Hour
  • Virtual Tennis Challenge 
  • Prince of Persia: The Shadow and the Flame 
Senarai permainan lain akan dikemaskini oleh pihak Samsung tidak lama lagi.





Sumber: Samsung Mobile Press



"Heisenbug" - Fedora 20 Kini Dilancarkan

Fedora 20 "Heisenbug" secara rasminya telah pun dilancarkan. Selain distro Linux seperti Ubuntu dan Linux Mint, Fedora juga antara salah satu distro yang popular bertapak di Internet.

Fedora 20 menyertakan beberapa kemaskini dari segi perisian dan aplikasi yang disertakan bersama-sama dengannya. Ia juga kini hadir dengan sokongan untuk ARM.

Muat turun Fedora 20 "Heisenbug" pada pautan sebelah: Fedora 20 "Heisenbug"



Twitter bakal menambah sokongan menyunting 'Tweet'


Pada hari ini, Twitter menjadi salah satu sumber untuk mendapatkan info-info atau berita terkini. Laman sosial itu mengehadkan penggunanya untuk menulis satu 'Tweet' dengan hanya 140 huruf.

Dalam usaha untuk mengurangkan ketepatan berita yang disebarkan, kini Twitter dilaporkan ingin memperkenalkan sokongan menyunting 'Tweet' pada perkhidmatan mereka.

Melalui fungsi baru ini, ia dikatan Twitter akan membolehkan pengguna untuk membuat suntingan pada 'Tweet' mereka untuk suatu tempoh masa yang ditetapkan. Setiap 'Tweet' dikatakan hanya akan dibolehkan untuk disunting sekali sahaja. sekaligus mengelakkan sebarang kesilapan untuk dibetulkan dengan pantas pada perkhidmatan tersebut.

Buat masa ini, masih tiada tarikh atau masa yang ditetapkan oleh pihak Twitter untuk memperkenalkan sokongan ini pada laman mereka.



Whatsapp Kekal Unggul


Persaingan aplikasi messenger untuk telefon pintar kini kian meningkat. Malah BlackBerry juga melancarkan aplikasi BBM miliknya untuk platform iOS dan Android.

Namun dari banyak lambakan aplikasi messenger yang ada di pasaran, ternyata WhatsApp tetap mengungguli persaingan. Kaji selidik yang dijalankan oleh On Device terhadap 3.759 juta pengguna telefon pintar Android dan iOS. Kaji selidik ini dilakukan di beberapa kawasan, di antaranya adalah Amerika, Brazil, Afrika Selatan, China dan yang terakhir adalah Indonesia.

Hasilnya menunjukkan bahawa populariti aplikasi WhatsApp kini lebih tinggi dibandingkan Facebook Messenger. Kaji selidik ini mendapati dalam seminggu pasti ada sebanyak 44 peratus pengguna telefon pintar menggunakan aplikasi WhatsApp berbanding Facebook Messenger sebanyak 35 peratus. 

Kaji selidik ini juga turut membuktikan sikap pengguna telefon pintar telah banyak berubah dari hanya menghantar sistem pesanan ringkas kepada menghantar pesanan melalui aplikasi messenger termasuk WhatsApp. 

Namun hasil kajian ini masih tidak berapa lengkap kerana tidak dilakukan di negara lain seperti Eropah dan India yang mempunyai populasi pengguna telefon yang tinggi.



Pasang ffDiaporama 2.0.1 Pada Ubuntu atau Linux Mint


ffDiaporama adalah sebuah aplikasi berasaskan Videoporama, yang digunakan untuk mencipta video daripada imej dan klip filem. Ia menyokong pelbagai format penting untuk imej dan video. Sebagai contoh, bmp, gif, jpg, png, pbm, pgm, ppm, tiff, xbm, name untuk imej dan avi, mov, mpg,, m4v, mkv, mp4 bagi format video. Kini, ffDiaporama telah pun masuk ke versi 2.0.1. Boleh lihat senarai penuh kemaskini ffDiaporama di sini.

Memandang aplikasi ini boleh didapati melalui PPA, proses pemasangan ffDiaporama tidak lah susah mana. Cuma perlu menambah PPA kemudian kemaskini repositori. Gunakan baris perintah di bawah:

$ sudo add-apt-repository ppa:ffdiaporamateam/stable
$ sudo apt-get update
$ sudo apt-get install ffdiaporama

Dan pemasangan aplikasi ffDiaporama selesai!



Samsung Bakal Mengeluarkan Tablet Dengan Skrin AMOLED Bersaiz 8 dan 10-Inci?

Pada tahun lepas, Samsung telah mengeluarkan satu-satunya tablet dengan skrin AMOLED, iaitu Samsung Galaxy Tab 7.7. Selepas itu, Samsung tidak lagi mengeluarkan tablet dengan skrin AMOLED. Bagi mereka yang tidak tahu, skrin AMOLED dari Samsung itu memberi paparan gambar serta video yang lebih terang dan jelas.

Namun begitu, ada desas desus mengatakan Samsung akan kembali menghasilkan tablet dengan skrin AMOLED. Kali ini, tablet yang bersaiz 8 dan 10 inci pula akan dipasang dengan skrin jenis itu. Ia dilaporkan oleh media massa Korea Selatan melalui laman sesawang Naver baru-baru ini. Ia dikatakan akan mula di hasilkan pada awal tahun 2014 ini.

Walaubagaimanapun, tablet dengan skrin jenis ini dikatakan merupakan tablet berasingan yang mungkin akan dikelaskan dengan kualiti premium oleh Samsung manakala tablet dengan skrin LCD seperti biasa sebelum ini akan masih diteruskan pengeluarannya untuk pasaran kelas permulaan tablet mereka.



FBI Sahkan Mampu Akses Webcam Tanpa Penyalaan LED


FBI (Federal Bureau of Investigation) mampu menghidupkan camera web tanpa penyalaan lampu indicator. Itu kata timbalan pengarah Operational Technology Division FBI, Marcus Thomas ketika bercakap dengan Washington Post.

Walaubagaimanapun, Thomas menekankan bahawa kelebihan ini hanya boleh digunakan untuk mendekati mereka yang melakukan jenayah serius bagi mengurangkan kebimbangan orang awam.

"Ini menunjukkan bahawa FBI sanggup menggunakan teknologi yang lebih canggih, lebih jauh dan maju bagi mengintip pesalah.", tambah Washington Post.

Bagaimana perkara ini boleh tersebar tu masih tak dapat diketahui. Apa-apa pun, berhati-hati la dekat dunia maya ni. Tak semua benda boleh dibuat sesuka hati. Masih ada undang-undang serta peraturan.



Papan Kekunci SwiftKey Beta 4.4 Kini Lebih Mudah Digunakan

SwiftKey merupakan sebuah aplikasi bantuan untuk papan kekunci yang sangat popular di kalangan pengguna Android. Ia membantu pengguna menjimatkan masa untuk menaip di dalam telefon mahupun tablet kerana ia dapat mengagak perkataan yang ditulis oleh pengguna berdasarkan pengkalan data pengguna yang diambil daripada laman sosial seperti Facebook, Twitter dan khidmat pesanan ringkas atas SM selain penggunaan `swipe´

Rilisan aplikasi SwiftKey terbaru telah diperkenalkan baru-baru ini di mana ia memudahkan kerja pemasangan (installation) aplikasi berkenaan di dalam Android. Hanya terdapat 3 langkah sahaja yang perlu dilakukan untuk memasang aplikasi berkenaan iaitu Enable, Select, dan Get. Langkah-langkah ini perlu dilakukan bagi memastikan kekunci maya SwiftKey akan sentiasa muncul walaupun ketika pengguna menggunakan aplikasi-aplikasi yang lain. Sebelum ini, pengguna perlu mengikuti 5 langkah untuk memasang aplikasi berkenaan di dalam peranti Android.

Mungkin perubahan yang diperkenalkan tidaklah seketara mana, namun ia dapat mempercepatkan proses yang perlu dilalui oleh seorang pengguna baru SwiftKey.